Bismillahi walhamdulillah..
TAHUKAH ANDA?
☆ Setitis susu ibu mengandungi <1 juta sel darah putih! Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.
☆ Susu ibu sangat kaya dengan immunoglibin A (IgA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang-mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.
☆ Kandungan susu ibu adalah 88% air! Oleh itu, sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan.
☆ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!
☆ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.
☆ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.
☆ Bayi yang cukup susu akan mempunyai lampin basah sebanyak 5-6 kali (selepas seminggu) dan membuang air besar 3-4 kali (selepas hari ke-4) dalam tempoh 24 jam.
☆ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah- curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.
☆ Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun!)
☆ Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.
☆ Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul.
Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu terus cekal menyusukan anak-anak hingga cukup 2 tahun. Mama juga menyusukan anak kembar lelaki mama. Alhamdulillah sudah 1 tahun 10 bulan.
Sebarang permasalahan untuk dikongsi, boleh hubungi mama untuk konsultasi percuma. Sedia membantu inshaa allah.
*info dipetik dari buku Hebatnya Susu Ibu!*
♥Better health♥Best lifestyle♥
Love,
Mama Qaiser
Facebook: Hanisah Mansor, El Qaiser Souq
Telefon: 019 669 8385
Shaklee Independent Distributor: 889804
Shaklee Independent Distributor: 889804