Membongkar Mitos Kebaikan Susu yang Pasti Mengejutkan



Selama ini, kita diberitahu oleh mak ayah, malahan diiklankan tentang perlunya kita mengambil susu untuk membantu tumbesaran, menguatkan tulang dan menyihatkan tubuh kerana kandungan kalsiumnya.

Sekiranya mama katakan, kita perlu BERHENTI mengambil susu, apakah reaksinya?

Mama akan ceritakan lebih lanjut sebab-sebabnya. Yang pastinya MENGEJUTKAN anda!

Bagaimana pula anak yang menyusu sepenuhnya (susu ibu), kemudian bercerai susu dan diberi makanan? 

Secara semulajadinya, tubuh manusia akan kehilangan enzim penghadaman susu (Lactase) setelah mencapai kematangan.

Ini bermakna, orang DEWASA/KANAK-KANAK berusia 2 tahun ke atas sudah tidak memerlukan susu.

--
Susu adalah sumber protein lengkap apabila diambil secara MENTAH, walaupun ia mengandungi LEMAK. Bermakna ia tidak sesuai untuk bergabung dengan apa-apa makanan selain SUSU itu sendiri, yang mana susu akan MENDADIH/MEMBUSUK di dalam perut tanpa DICERNAKAN. Juga ia mengganggu sistem pencernaan.

Boleh untuk kita minum susu lembu yang diperah terus dari lembu tanpa sebarang proses, tetapi tidak diambil bersama makanan/minuman lain. Dan lembunya juga hendaklah yang sihat, makan rumput dan bebas bergerak (bukan dibela di dalam kandang).

--
1) Susu dipasteur

Namun hakikatnya hari ini, kita ke pasaraya untuk MEMBELI susu yang sudah DIPASTEUR yang mana enzim semulajadinya dimusnahkan dan proteinnya diubah. 

Proses pempasteuran juga membunuh semua bakteria (bakteria jahat & bakteria baik) dan sel-membran bakteria berpecah dan memasuki susu dan menjadi toksik kerana bakteria yang mati menyebabkan reaksi/alahan seperti gatal, asthma, bengkak, kahak dan sebagainya.

Susu mentah mengandungi enzim Lactase dan Lipase, membantu pencernaan susu mentah dan tidak terdapat pada susu dipasteur dan menyebabkan sakit perut bagi orang dewasa manakala kanak-kanak mengalami kembung perut, ruam, masalah pernafasan dan pelbagai masalah berkaitan 'bottle-fed'.

Susu dipasteur ni bukan saja kehilangan enzim dan diubah proteinnya, malahan ia juga kehilangan KALSIUM dan MINERAL.

2) Susu Dihomogen

Lebih memburukkan keadaan, susu dihomogen bagi mengelakkan krim dari terasing dari susu yang mana kolestrol dan lemak tinggi terkandung di dalam susu dihomogen.

--
Jadi, tiba masa untuk mengubah PERSEPSI tentang kebaikan meminum susu untuk kesihatan tulang. Kerana, SUSU TIDAK MENYEDIAKAN KALSIUM YANG MENCUKUPI untuk kesihatan tulang.

KUBIS mentah sebagai contoh, mengandungi LEBIH BANYAK KALSIUM dari susu yang dibeli.

Di sini mama senaraikan beberapa pilihan sumber kalsium untuk keperluan harian anda!

*keju
*greek yogurt
*broccoli
*sardin
*sayuran hijau seperti bayam
*bijirin
*jus oren
*soya
*salmon
*beans
*badam

--
Anda tertanya apakah PENGGANTI susu yang terbaik?

Mama ingin mencadangkan 3 pengambilan produk yang mama sendiri ambil untuk diri sendiri dan anak-anak selama 3 tahun. Pastinya mengandungi kalsium yang mudah diserap tubuh.

1. ESP




2. OSTEMATRIX



3. MEALSHAKE




Makanan tetap perlu diambil. Supplement ini sekadar menampung keperluan nutrisi harian anda. Lagi pun, tidak semua makanan kita mampu ambil setiap hari dan tak masuk hal vitamin dan mineral yang terhapus kerana penyediaan makanan.

Jadi sekiranya anda,Terutama jika anda seorang ibu mengandung, ibu menyusu, warga emas atau mempunyai masalah gigi dan/atau tulang. Anda perlukan lebih KALSIUM.

Semoga bermanfaat!

Sekiranya anda perlukan bantuan dan info lanjut berkaitan, boleh hubungi mama untuk konsultasi eksklusif.

Love,
Mama Qaiser






0 comment... add one now