Kenangan Terindah Mengandung Kembar



Sejak kebelakangan ini, mama asyik teringat dan terimbau kenangan mengandungkan zafri zafrul, si anak kembar mama. 

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.

Nikmat dan rezeki yang tak disangka-sangka!

Ramai yang bertanya, "macam mana tau pregnant kembar?"

Sejak bersalin dan menyusukan zafran (anak sulung), mama lewat datang period (selepas setahun) dan period datang selang sebulan.

Dan setiap kali mama tak datang period, mama akan buat UPT (urine pregnancy test) dan memang simpan UPT di rumah.

Entah kenapa bulan tu, mama LAMBAT check. Dan bila check, DOUBLE LINE! Excited mama dan baba ke klinik yang biasa kami pergi untuk scan.

Doktor suruh buat UPT & POSITIF. Jadi doktor scan. Doktor kata cuma ada kantung tapi tak nampak janin nya, boleh jadi terlalu awal atau kehamilan ini tak menjadi dan perlu 'dicuci'. Doktor bagi tempoh 2 minggu untuk datang semula dan scan.

Mama baba balik rumah tanpa bagitau sesiapa sebab belum pasti. Mama redha je apa yang berita yang bakal mama dapat.

Selepas 2 minggu, mama baba kembali ke klinik sama untuk scan. Kali ni, reaksi doktor yang sedang scan sangat BERBEZA! Dengan riak wajah dan suara EXCITED, doktor kata "eh ada DUA!" 

Baba yang pada mulanya sedang duduk melayan zafran, BERDIRI terkejut! Hihi..

Mashaa Allah, mama baba sangat EXCITED. Risau dan gelisah pun ada jugak lebih memikirkan DOUBLE COST yang bakal perlu ditanggung. Kos bersalin, keperluan babies. Yela, berapa aje gaji baba masa tu tambahan mama pulak tak bekerja.



Bila sedar.. Cepat-cepat mama istighfar. Dan doa dalam hati mudah-mudahan dimurahkan rezeki babies dalam kandungan mama ni.

Setiap anak sudah tertulis rezekinya. Sungguh Allah tidak pernah membebankan hambaNya. Setiap kesusahan PASTI ada kesenangan dan tidak dibebani hambaNya melainkan diampunkan dosa hambaNya.

Seolah mainan mental, keesokkannya, bermulalah morning sickness. Bukan morning je, afternoon, evening and even at night! Pening, loya dan muntah! 

Mama langsung tak boleh makan. Apa yang masuk PASTI keluar semula.

Mama cuma bertahan dengan SUSU ANMUM MATERNA di waktu pagi dan SUSU KAMBING sebelum tidur, juga OBIMIN dan pil KALSIUM yang dibekalkan doktor.

Mama MASIH menyusukan zafran dan atas keizinan doktor juga.

Menyusu dan mengandung kembar dalam keadaan tak ada selera makan dan sering muntah. Mama LETIH & banyak BARING. 

Alhamdulillah zafran well-behaved, dengar cakap dan mudah dijaga.

Mengidam? Puas baba tanya teringin nak makan apa. Sebut MAKAN pun loya dibuatnya. 😣

SAKIT PINGGANG
KEJANG kaki di waktu malam
SAKIT TUMIT DAN TAPAK KAKI setiap pagi
SUSAH TIDUR
SELSEMA & BATUK silih berganti
PENAT & MENGAH bila berjalan

Allahu.. Sebolehnya mahu SEGERA mengakhiri kehamilan ini. 

Tambah pulak, Setiap kali berjumpa doktor, pasti dikatanya twin pregnancy selalunya bersalin tak cukup bulan. Mama seolah SERONOK!

SELFISH! Mama tak fikir BAHAYA bersalin bayi pramatang apetah KOS yang perlu ditanggung!



Memasuki trimester ketiga, mama sudah kurang loya dan sudah mula makan. Zafran pun weaned-off sendiri.

Mama Dah boleh keluar sekejap untuk cari barang babies. Sekejap je, sebab tak larat nak jalan. Sakit pelvic bone dan pinggang.

Best mengandung kali ni, mama makin KURUS. Perut je BESAR! Memang yang tu PALING BEST! Hahaha.. 😍

Bila dah mula berjalan banyak, air ketuban bocor. Doktor check, air ketuban cukup untuk babies jadi doktor bagi ubat tahan contraction supaya babies bertahan dalam perut mama dulu.

Baba pun mula pujuk mama untuk maternity shooting. Pujuk lah sebab mama asyik TAK LARAT. Dan nampak gaya macam nak bersalin dah. Hihi..

Maternity shooting. Kami buat semua sendiri, beli props dan ambek gambar guna tripod. Dah biasa dari  mengandungkan zafran dulu. Ada jugak bantuan dari adik ipar, seorang fotografer (fb:ilham izuan)

Nak dijadikan cerita, mama diserang penyengat ketika sedang menggantungkan props di bawah pokok. Haaa.. Natural induce tu! (Tusukan sengat adalah natural induce)

Balik dari shooting tu, air ketuban kembali bocor. Ubat sintetik tak boleh lawab natural induce tau! Hihi..


Lepas beberapa hari dari kena sengat, mama pun bersalin. Penuh drama tapi nanti mama sambung di entry akan datang ok?

Melalui pengalaman mengandung kembar ni, mama katakan kita semua terutamanya yang bakal mengandung atau sedang mengandung (samada kembar atau tidak) sangat memerlukan supplement untuk menampung keperluan diet harian kita. Ditambah dengan keadaan jerebu yang berlarutan, pencemaran dan penyediaan makanan yang banyak vitamin dan mineral nya terhapus membuatkan tubuh kita tidak cukup nutrisi untuk kekal SIHAT.


6 NUTRIEN YANG DIPERLUKAN OLEH IBU MENGANDUNG

1. PROTEIN

•blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi
•elakkan stretch mark 
• perkembangan pantas bayi pada trimester 2 & 3
•penghasilan susu ibu

2. ZAT BESI

•membentuk hemoglobin bagi mengangkut oksigen ke dalam darah ibu & bayi
•kuantiti darah meningkat semasa kehamilan
•mengelakkan anemia akibat kekurangan zat besi
•fetus menyerap zat besi dari ibu semasa trimester terakhir
•mengurangkan risiko kelahiran pramatang

3. ASID FOLIK 

•mengurangkan risiko kecacatan tiub neuro pada bayi
•menyokong sistem saraf, penghasilan hormon dan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga

4. KALSIUM 

•mengelakkan gigi reput/rosak/patah pada ibu
•untuk gigi dan tulang yang sihat dan kuat untuk ibu dan bayi
•mengelakkan masalah sembelit, sukar tidur & kejang

5. VITAMIN C

•membantu penghasilan kolagen bagi membentuk tulang rawan, otot-otot dan tulang fetus
•meningkatkan sistem imun melawan penyakit dan jangkitan

6. ASID LEMAK OMEGA-3

•membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
•memgawal berat badan ibu dan mengawal tekanan darah


Setiap belian HEALTHY PRENATAL SET ini layak mendapat FREE VITALEA (tawaran berakhir 31/10/2015)

Mama sangat menyesal kerana tidak diperkenalkan dengan set ini ketika masih mengandungkan kembar. Semoga dengan perkongsian ini, semua ibu lain tidak perlu melalui keperitan yang mama lalui.

Dan melalui kehamilan ni mama belajar bersangka baik dengan Allah. Sungguh Allah 'bertindak' mengikut sangkaan hambaNya. Banyakkan berdoa dengan Allah. Sungguh Allah sebaik-baik penolong  dan perancang.

Semoga bermanfaat!

Sebarang konsultasi atau belian produk boleh hubungi mama.


zafri 2.07kg (kiri); zafrul 2.67kg (kanan)

Love, 
Mama Qaiser

0 comment... add one now