Bismillahi walhamdulillah..
Menghampiri musim cuti persekolahan dan menanti kehadiran Ramadhan seterusnya Syawal, mama pasti ramai yang ingin menurunkan berat badan untuk kelihatan cantik dan ramping samada untuk hari berbahagia masing-masing (pertunangan, pernikahan dan perkahwinan) mahupun di hari lebaran nanti.
Di sini, mama ingin kongsikan beberapa tips untuk menurunkan berat badan dengan cara sihat dan selamat.
1. Sarapan pagi
Kesilapan ramai di kalangan kita yang selalu skip breakfast dan terus brunch. Breakfast adalah meal yang sangat penting buat tubuh terutamanya untuk kesihatan jantung & otak. Dan semestinya sebuah kereta memerlukan minyak untuk berjalan kan? Begitulah tubuh kita yang memerlukan makanan untuk memulakan hari kita dengan baik. Makanlah sedikit walau sebiji pisang.
Tetapi, seeloknya bagi yang ingin menurunkan berat badan, breakfast hendaklah diambil dalam kuantiti yang PALING BESAR berbanding meal yang lain.
2. Mengambil protein
Protein merupakan khasiat makanan yang lebih baik berbanding lemak dan karbohidrat. Pengambilan protein dapat membantu pembakaran lemak, pembentukan otot dan mengekalkan rasa kenyang berpanjangan serta memberi tenaga.
3. Kerap makan
Ramai beranggapan, untuk kurus, hanya makan sehari sekali atau mengurangkan kekerapan mengambil makanan. SALAH! Dengan cara ini, akan hanya menyebabkan kadar metabolisme menurun dan seterusnya menyebabkan berat badan lebih mudah naik dan susah untuk menurunkan berat badan. Justeru, kerapkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit. Ini akan membantu meningkatkan metabolisme sekaligus meningkatkan kadar pembakaran lemak dan membantu kita untuk kurus.
Jangan seksa tubuh dengan tidak makan, ok?
4. Minum air (plain water)
Tubuh memerlukan 1 liter air bagi setiap 20 kg berat badan (lebih kurang) bergantung pada aktiviti dan keperluan tubuh. Seandainya anda seorang atlet atau kuat berpeluh atau menyusukan bayi, semestinya anda memerlukan kuantiti air yang lebih. Air diperlukan untuk organ-organ dan darah berjalan lancar. Air juga memberi hidrasi pada tubuh untuk memberi tenaga pada kita untuk bergerak. Selain itu, air membantu untuk mencuci dan membuang toksin dan lemak yang tak diperlukan dalam tubuh.
Jadi, minumlah air kerana air sudah pastinya tidak mempunyai lemak, gula atau karbohidrat yang boleh menggemukkan kita!
5. Detoks tubuh
Begitu ramai yang gagal mendapatkan berat badan ideal kerana antara kesilapan mereka ialah tidak detoks atau menyahtoksin dan membuang lemak-lemak tepu yang terdapat dalam tubuh. Toksin dan lemak-lemak tepu perlulah dibuang dan dikeluarkan dari tubuh supaya kita kurus dengan bentuk badan yang cantik, otot yang pejal (tak flabby) dan sihat. Antara makanan yang membantu detoksifikasi adalah seperti bawang merah, bawang putih, kunyit, minyak zaitun dan alfalfa.
6. Senaman
Begitu banyak pilihan senaman di kala ini. Pilih saja, sesuai mengikut umur dan keperluan kita. Dari poco-poconya, zumba, pilates, yoga, aerobics dan pelbagai lagi. Amalkan senaman untuk tubuh sihat dan membantu kita mendapatkan tubuh yang cantik dan langsing. Senaman membantu melancarkan pengaliran darah dalam tubuh selain membantu memejalkan otot-otot tubuh dengan pergerakan senaman yang dilakukan.
Bersenamlah sekurang-kurangnya 20 minit sebanyak 3 kali seminggu.
*****************************************************************************
Cukup dulu ini sebagai tips untuk kurus secara sihat dan selamat. Semoga diamalkan dengan berdisiplin dan konsisten untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Amalkan gaya hidup sihat yang stress-free!
Apa-apa pun, nasihat mama, jelaskan niat kita untuk kurus dan cantik itu untuk apa dan untuk siapa. Jelas niat, inshaa allah segalanya diberkati Allah dan dipermudahkan urusan untuk kurus dan sihat.
Jom sihat kurus supaya segala pergerakan kita lebih fleksibel untuk mudahkan solat dan ibadah (umrah dan haji dan sebagainya) kita. Semoga dengan sihat kurus ini menjadi asbab mengeratkan hubungan suami isteri. Semoga dengan kurus sihat ini dapat kita lebih berbakti pada lebih ramai orang.
Jagalah tubuh untuk kekal sihat dan cantik kerana ianya juga amanah Allah kepada kita.
Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan, hubungi mama untuk konsultasi percuma.
Better health, Best lifestyle
Love,
Mama Qaiser
Facebook: Hanisah Mansor, El Qaiser Souq
Telefon: 019 669 8385
Shaklee Independent Distributor: 889804