Petua Merendahkan Kolestrol Secara Semulajadi

Cabaran era ini

Dianggarkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi.

Kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan serius di mana ia boleh dihidapi oleh sesiapa saja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.

Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana ramai individu yang masih tak menyedari bahawa paras kolestrol mereka terlalu tinggi!

Apakah kolestrol?

Kolestrol adalah sejenis bahan berlilin dan merupakan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan ke semua sel-sel badan.

Ia diperlukan untuk mengangkut lemak ke bahagian badan anda. Juga merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama kolestrol

80% daripada kolestrol dalam badan terbentuk dalam hati sementara 20% diperoleh dari makanan. Kolestrol yang anda makan akan meningkatkan paras kolestrol darah anda.
Kolestrol adalah penting tetapi kolestrol yang berlebihan akan mengancam kesihatan anda, meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Bagaimana kolestrol terbentuk?

Lemak dari makanan yang dimakan akan diangkut ke usus kecil di mana ia akan diserap ke dalam badan dan dibawa ke hati untuk diproses.

Hati akan memuatkan lemak ke dalan VLDL untuk diangkut ke seluruh badan. Setelah lemak dipunggah, VLDL (lipoprotein berketumpatan rendah) bertukar menjadi LDL (kolestrol jahat).
Sebahagian daripada LDL tersebut akan melekat kepada saluran darah dalam perjalanannya pulang ke hati.

HDL (lipoprotein berketumpatan tinggi, kolestrol baik) akan mencari LDL yang tersangkut ini dan membawanya pulang ke hati untuk diproses.

HDL berperanan "membersihkan" saluran darah. Anda hendaklah mengekalkan paras kolestrol HDL yang TINGGI dan LDL yang RENDAH.

Bagaimana kolestrol boleh menyebabkan penyakit jantung & strok?

Golongan kanak-kanak dan dewasa mempunyai arteri yang terbuka dengan lapisan dalam yang licin.

Lama kelamaan lemak dari unsur-unsur lain boleh terkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak.

Pemendakan plak ini boleh menyebabkan pengaliran darah terjejas dan mungkin terhenti sepenuhnya!


1. Arteri yang semakin sempit
Apabila usia kita meningkat, dinding arteri menjadi semakin tebal dan hilang kekenyalannya.
Pemendakan plak mungkin berlaku di sepanjang dinding arteri dan secara beransur-ansur menyebabkannya menjadi sempit.
Keadaan ini dinamakan aterosklerosis (dinding menjadi tebal dan hilang kekenyalannya).

2. Arteri yang tersumbat

Jika plak menyekat arteri yang membekalkan darah ke jantung anda, maka SERANGAN JANTUNG berlaku.
Jika plak menyekat arteri yang membekalkan darah ke otak anda, maka STROK boleh berlaku.

Awas! Penyakit-penyakit utama akibat kolestrol tinggi:
-serangan jantung
-strok
-tekanan darah tinggi
-penyakit hati
-ketidakseimbangan hormon yang menjejaskan fungsi seksual

Bertindak Hari Ini: Ikuti petua ini untuk merendahkan paras kolestrol anda secara semulajadi

1. Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
2. Lakukan senaman lebih kerap
3. Turunkan berat badan
4. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan paras kolestrol secara semulajadi.

Atasi masalah kolestrol anda secara semulajadi dengan fitosterol

Apa itu fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalan penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.


Jadi, bagaimanakah fitosterol berkesan?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolestrol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolestrol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya penyerapan kolestrol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolestrol LDL.





Berapa banyak fitosterol yang anda perlukan?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.


PHYTOCOL-ST

Menurunkan kolestrol secara semulajadi. Membekalkan 2000mg fitosterol sehari. 100% saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), mengandungi kandungan minyak tall.

Untuk mendapat fitosterol secukupnya, 
2000mg = 200 batang lobak merah + 70 keping roti gandum + 425 biji tomato




Turunkan paras kolestrol anda secara SEMULAJADI dengan PHYTOCOL-ST. Bertindak bijak hari ini dengan SHAKLEE!

Hubungi mama segera untuk dapatkan paras kolestrol optimum. Mama sedia memberi konsultasi!

Better health, best lifestyle

Love, 
Mama Qaiser

Hanisah Mansor
019-6698385


0 comment... add one now