Jangkitan Kuman Waktu Mengandung Yang Membahayakan Baby Dalam Kandungan

Kali ke-4 pregnant baru tau pasal GBS ni. Sebelum-sebelum ni tak pernah dengar pun. Dan Allah uji mama dengan ilmu yang mama ada berkaitan GBS, pregnant kali ni kena GBS. 😌

Group B-Streptococcus (GBS) ialah sejenis BAKTERIA yang menyebabkan INFECTION pada newborn, ibu mengandung atau selepas melahirkan, wanita selepas pembedahan gynaekologi dan lelaki/perempuan yang mempunyai komplikasi kesihatan.

GBS boleh terjadi tanpa menunjukkan sebarang simptom. Dan ada juga yang mengalami masalah KEPUTIHAN, KENCING KOTOR (urinary tract infection) kesan dari GBS.

GBS tak membahayakan ibu mengandung tapi bakteria tu sangat membahayakan bayi (boleh menyebabkan kematian) terutama yang dilahirkan secara normal melalui vagina. 

Jadi, ibu yang mempunyai GBS akan diberikan antibiotik sebelum melahirkan anak (ketika in labour).

Bagi ibu mengandung yang mempunyai GBS, seperti mama, memang perlu TINGKATKAN SISTEM IMUN, kurang dan elakkan makanan MANIS juga mengambil PROBIOTIK.

Selain ANTIBIOTIK yang diberikan doktor, mama memang amalkan SUSTAINED RELEASE VITA C bagi meningkatkan sistem imun mama dan baby. Vitamin C, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Bawang putih, merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi. Mama amalkan GARLIC COMPLEX juga sebagai langkah mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang kuman dan virus.

Di penghujung pregnancy, mama mula amalkan NUTRIFERON setiap hari. BIJI LABU yang digunakan merangsang pengeluaran interferon semulajadi dalam tubuh. BIJI PLANTAGO ASIATICA mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun. HONEYSUCKLE JEPUN menentang pencerobohan virus dan kuman. BUNGA SAFFLOWER menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

Masa mula-mula didiagnos dengan GBS memang sangat risau. Tapi takpe lah, kita usaha dan ikhtiar apa yang termampu. Inshaa allah setiap penyakit ada ubatnya! 💪

Bagi semua ibu mengandung di luar sana, jaga kesihatan dan sentiasa TINGKATKAN SISTEM IMUN diri supaya walau apa jua sakitnya, tubuh kita cepat sembuh.

(Oh ya, tak semua hospital yang sediakan prosedur untuk high vagina swab untuk test GBS. Jadi boleh request untuk buat seeloknya pada 35 minggu kehamilan)


0 comment... add one now