Diabetes: Memahami Diabetes

3.6 juta rakyat Malaysia yang menghidapi Diabetes! Amat membimbangkan.

Bukan itu saja, lebih menakutkan, risiko penyakit jantung adalah 2-4 kali ganda LEBIH BESAR bagi mereka yang menghidapi diabetes, manakala risiko strok 2-6 kali ganda LEBIH BESAR. Ia juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, ulser kaki, pemotongan dan lebih mudah terkena jangkitan. Kebanyakan komplikasi diabetes ini boleh dicegah atau dilambatkan dengan memberi perhatian wajar terhadap pemakanan dan gaya hidup.

Apakah Diabetes Melitus?

Nama diabetes melitus ini datangnya daripada Greek. Perkataan 'diabetes' bermakna 'melalui'. Perkataan 'melitus' datang daripada perkataan latin bermakna 'madu'. Ia merujuk kepada gula yang muncul dalam air kencing.

Secara ringkas, diabetes ialah gangguan pada fungsi badan untuk menggunakan gula atau glukosa iaitu bahan bakar asas bagi badan.

Insulin Dan Fungsinya

Insulin berfungsi dalam mekanisma gula (karbohidrat) badan kita. Hormon ini diperbuat dalam pankreas.

Terdapat banyak bentuk gula dalam diet kita (sukrosa, laktosa dan lain-lain), tetapi sebelum badan boleh menggunanya, semuanya mesti ditukarkan menjadi glukosa. Sebaik saha ia berada dalam darah, glukosa kemudian mesti memasuki setiap sel di mana ia digunakan untuk menjana tenaga bagi mengoperasikan jentera selular kita. Hormon insulin dari pankreas adalah penting untuk glukosa memasuki sel-sel. Insulin merupakan satu-satunya hormon dalam badan kita yang mempunyai fungsi ini. Ada 2 pengecualian terhadap peraturan bahawa insulin mestilah aktif untuk memasukkan glukosa ke dalam sel-sel. Pertama, berhubung dengan sel-sel otak. Di sini glukosa ke dalam glukosa boleh masuk tanpa insulin. Pengecualian kedua adalah paling penting dalam pengawalan diabetes. Apabila anda bersenam, sel-sel otot boleh menyingkirkan glukosa daripada darah tanpa insulin. Oleh itu, senaman boleh menurunkan gula darah.

Apabila gula darah meningkat selepas makan sesuatu, satu isyarat akan dihantar ke pankreas untuk melepaskan insulin. Insulin (hormon yang tersimpan) kemudian menggerakkan glukosa dari darah ke dalam sel-sel untuk pengeluaran tenaga. Apabila gula darah menurun, insulin menutupnya sehingga ia diperlukan semula.

Secara ringkanya mekanisma ini, bayangkan setiap sel anda mempunyai pintu yang mesti dibuka untuk membenarkan glukosa masuk ke dalamnya. Semua pintu mempunyai tombol pintu. Ini ialah penerima insulin. Gambarkan insulin sebagai pembuka pintu untuk glukosa memasuki sel. Oleh itu jelaslah kepada anda, terdapat dua 'sekatan' untuk memasukkan glukosa ke dalam sel. Pertama, insulin (pembuka pintu) mungkin tiada atau tidak cekap. Kedua mungkin mungkin tombol pintu (penerima insulin) itu tiada ataupun tombol itu tidak boleh digunakan dengan mudah oleh sebab-sebab tertentu.

Apakah Akan Jadi Tanpa Insulin

1. Kerap membuang air kecil (poliuria)

Ini terjadi kerana buah pinggang dirangsangkan oleh paras glukosa yang tinggi untuk meruahkan volum air kencing yang besar dan sarat dengan glukosa untuk cuba menurunkan paras glukosa ini. Pada paras glukosa yang normal, buah pinggang memulihara glukosa, oleh itu ia tidak terdapat dalam air kencing.

2. Kehausan/kedahagaan yang berlebihan (polidipsia)

Kerana pembuangan air kecil (kencing) yanh begitu banyak, penghidap diabetes merasai sangat dahaga dab akan meminum air dengan banyak untuk menggantikan air yang diruahkan.

3. Kehilangan berat badan akan berlaku

Sel-sel tidak memperolehi makanan oleh itu ia mengalami kelaparan. Ini mengakibatkan kehilangan berat badab yanh menyusutkan.

4. Sel-sel menghantar isyarat 'aku kebuluran', dengan itu selera makan anda pun meningkat

Walaupun anda makab banyak makanan, kehilangan berat badan terus berlaku kerana sel-sel tidak boleh menggunakan makanan yang dimakan itu.

Jenis-jenis Diabetes

1. Jenis 1

Dikenali sebagai 'diabetes juvana' kerana gejalanya seringkali menjadi jelas semasa kanak-kanak atau bayi. Penghidap bergantung kepada insulin setuap hari untuk terus hidup kerana tubuh tidak lagi boleh mengeluarkan insulin dengan mencukupi untuk mengawal gula darah.

2. Jenis 2

Ia begitu banyak berbeza dengan jenis 1. Jenis 2 langsung tidak mempunyai gejala-gejala klasik dengan jenis 1. Pada umumnya, jenis 2 tidak ada masalah dengan pengeluaran insulin (pembuka pintu sel). Masalahnya ialah dengan penerima insulin (tombol pintu). Walau berapa banyak pembuka pintu yang anda miliki (insulin), sekiranya tombol pintu (penerima insulin) tidak ada, atau tidak berfungsi, anda tidak akan berjaya membuka pintu sel untuk memasukkab glukosa dan khasiat-khasiat lain ke dalam sel.

3. Diabetes Gestasi (GDM)

Ini berlaku semasa kehamilan apabila perubahan hormon yang menyusuli kehamilan meningkatkan kerintangan badan terhadap insulin. Kaum wanita yang lebih tua dan mempunyai berat badan berlebihan mudah diserang oleh diabetes jenis ini. Walaupun lazimnya ia akan hilang selepas kehamilan, lebih separuh waniya akan menghidapi diabetes jenis 2 dalan hidup mereka.


Setakat ini dulu perkongsian mama mengenai diabetes. Nantikan pencerahan lanjut berkenaan diabetes pada entri-entri akan datang. Semoga memberi manfaat! ♥


Better health, best lifestyle


Love,

Mama Qaiser

019 669 8385

0 comment... add one now