Kekurangan Kalsium & Magnesium Mengakibatkan Penyakit 3-Serangkai

[KEKURANGAN KALSIUM & MAGNESIUM MENGAKIBATKAN PENYAKIT 3-SERANGKAI]

Penyakit Jantung, Diabetes & Tekanan Darah Tinggi, dikenali sebagai 3-serangkai kerana 3 jenis penyakit kronik yang sering dihidapi sekaligus rentetan ketidakseimbangan diet yang mengganggu sistem tubuh.

Penyakit Jantung dan Kalsium
-------------------------------------------------

Kalsium memberi manfaat untuk penyakit jantung. Ia MEMBALUTKAN LEMAK-LEMAK. Sambil pelbagai jenis lemak, trigliserida dan kolestrol bergerak turun ke usus kecil, ia kelihatan DISERAPI dengan baik. Tetapi apabila ia bertemu dengan kalsium, sejenis sebatian yang MENYERUPAI SABUN terbentuk yang MEMBALUT &MENGIKATI LEMAK-LEMAK  itu dan kemudian membawanya untuk DISINGKIRKAN.

Diabetes dan Kalsium & Magnesium
----------------------------------------------------------

Dari segi biokimia, magnesium mempunyai peranan pokok dalam METABOLISME KARBOHIDRAT dan peranan khusus dalam tindakan INSULIN yang LEBIH CEKAP. Paras magnesium yang rendah pasti menyumbang terhadap pengawalan keadaan diabetes yang tidak memuaskan. Keadaan diabetes itu sendiri mungkin akan menyebabkan pengurangan paras magnesium. Juga paras gula yang tinggi menyebabkan peningkatan pembuangan air (kencing) yang akan menyingkirkan lebih banyak magnesium. Apa jua kepelbagaian sebabnya, keadaan diabetes itu sendiri akan mencederungkan pesakit kepada kekurangan magnesium. Kita mengetahui bahawa paras magnesium yang rendah ada hubungkaitnya dengan penyakit jantung. Malahan ini menjadi lebih seriusbagi pesakit diabetes kerana kecenderungan mereka menghidapi penyakit jantung.

Tekanan Darah Tinggi dan Kalsium & Magnesium
-------------------------------------------------------------------------------

Analisis kajian mengemukakan bukti yang meyakinkan bahawa individu menghidapi tekanan darah tinggi akan mengalami PENURUNAN TEKANAN DARAH apabila pengambilan KALSIUM DITINGKATKAN. Dengan bukti penyelidikan tersebut, saya rasa tidak wajar sekiranya kita tidak menambahkan kalsium dalam diet kita. Begitu juga halnya berkaitan MAGNESIUM, kajian demi kajian menunjukkan pengambilan optimum harian magnesium dapat menurunkan tekanan darah. Ini ada kaitan dengan kesan magnesium ke atas hormon buah pinggang dikenali sebagai renin. Paras magnesium rendah menyebabkan paras renin yang tinggi. Renin meninggikan tekanan darah. Magnesium terlibat dalam keutuhan membran sel. Jika magnesium rendah, membran akan "tiris". Ini membenarkan natriun menitis masuk ke dalam sel manakala kalium pula menitis keluar. Kalsium, yang sepatutnya berada di luar sel juga turut menitis masum ke dalam sel. Hasilnya, otot-otot akan mengecut dan arteri-arteri menjadi sempit. Jantung terpaksa mengepam lebih keras, maka tekanan darah pun melambung naik.

=======

Kita memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari. Kalsium terlampau penting bagi penjagaan kesihatan untuk hanya dipertanggungjawabkan kepada diet saja bagi pengambilan optimum.

OSTEMATRIX, Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus danvitamin D, zink, kuprum, manganes & boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. 4 biji OSTEMATRIX menyamai 1000mg, dicipta dalam bentuk untuk mudah ditelan.

Jom amalkan OSTEMATRIX setiap hari untuk MENGELAK mahupun MENGAWAL penyakit 3-serangkai. Cuma RM61 sebotol mengandungi 120 biji tablet.
Sebarang pertanyaan dan kenyataan lanjut, mama sedia terima.

Love,
Mama Qaiser
019 669 8385

0 comment... add one now