Bidadari Bermata Indah

"Kemudian Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah" (Ad-Dukhan: ayat 54)

Allah SWT menciptakan syurga dan neraka.
Tujuannya untuk memperlihatkan kurnia dan keadilan kepada oara hambaNya.
Syurga dengan penghuninya dan neraka dengan penghuninya.
Orang akan masuk syurga jika mengamalkan amalan penghuni syurga dan orang akan masuk neraka jika mengamalkan amalan penghuni neraka.

Antara nikmat yang akan Allah berikan kepada penghuni syurga adalah Dia akan memberikan pasangan untuknya.
Di antaranya adalah yang disebut dengah bidadari yang indah matanya.
Hurin'in dari segi bahasa bererti 'perempuan yang matanya putih sekali dan hitam sekali.
Allah SWT menggambarkan perempuan yang bermata indah dengan sebutan "dan gadis-gadis perawan yang sebaya" (Surah An-Naba': ayat 33)
Bidadari yang indah matanya diciptakan oleh Allah SWT di syurga dalam keadaan masih gadis, iaitu belum pernah berkahwin dengan sesiapapun.

Bidadari yang bermata indah ialah perempuan syurga yang menjadi pasangan bagi orang yang masuk syurga.
Dia bukanlah perempuan di dunia yang dibangkitkan semula oleh Allah SWT menjadi muda.
Allah SWT memasukkan setiap yang masuk syurga dengan keadaan muda.
Dia menggambarkan bidadari yang bermata indah seperti permata yang tidak berubah warnanya walaupun terkena sinar matahari.
Ia bagaikan yakut dan marjan iaitu batu mulia yang sangat indah yang menyenangkan mata yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda "Allah SWT memberikan beberapa keutamaan bagi krang yang mati syahid; Allah mengampunkan dosanya sejak darahnya mula mengalir, melihat tempatnya di syurga, dilindungi daripada api neraka, aman daripada rasa takut, dipakaikan mahkota di kepalanya dan dinikahkan dengan 72 bidadari yang bermata jelita, serta boleh memberi syafaat kepada 70 orang saudaranya."

Bidadari ini menjadi pasangan penghuni syurga dan bernyanyi dengan suara yang merdu dan menyejukkan.
Imam At Tabrani berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya isteri-isteri penduduk syurga menyanyikan lagu dengan suara merdu yang tidak pernah didengar sebelumnya. Mereka mendendangkan lagu, 'kami ialah perempuan-perempuan terbaik pasangan orang mulia'. Mereka memandang dengan pandangan yang indah. Mereka mendendangkan lagu, 'kami iaitu perempuan yang kekal dan tak akan mati'"

(Dr Umar Sulaiman Al Asyqar, Al Jannah Wa An-Nar, 2002: 246-247)

Bidadari Bermata Indah

0 comment... add one now