Mamogram

Apa itu Mamogram?

Mamogram ialah pemeriksaan payudara menggunakan sinar-X yang memaparkan kelenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak.

●Pemeriksaan ini dilakukan oleh jururadiografi. Ia akan menghasilkan imej payudara dan kemudian diproses secara digital dan dicetak secara digital dan dicetak pada filem.

●Doktor Pakar Radiologi akan meneliti filem-filem itu untuk mengesan penyakit payudara, samada kanser atau sebaliknya.

Adakalanya kanser payudara pada peringkat awal hanya dilihat sebagai sekumpulam kalsiun halus (mikrokasifikasi). Ini hanya dapat dikesan dengan Mamogram.

Adakah Mamogram menyakitkan?

Prosedur Mamogram mengambil masa kurang dari 20 minit di mana payudara anda akan ditekan untuk beberapa saat. Ianya mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Walau bagaimanapun ramai yang menganggapnya tidak begitu sakit.

Kenapa saya perlukan Mamogram?

Saringan di kalangan wanita tanpa gejala penyakit telah menurunkan kadar kematian disebabkan Kanser Payudara.

●Mamogram dapat mengesan kanser dan ketumbuhan yang bukan kanser yang masih terlalu kecil untuk dirasa oleh anda ataupun doktor anda.

●Mamogram boleh mengesan ketumbuhan 2 tahun lebih awal sebelum ianya dapat dirasa melalui pemeriksaan.

●Mamogram juga boleh mengesan perubahan pada tisu-tisu payudara yang boleh menunjukkan tanda-tanda kanser pada peringkat awal.

Adakah Mamogram selamat?

Dengan penggunaan peralatan Mamogram yang terkini, kesan sinaran radiasi pada layudara adalah sangat rendah. Risiko kesihatan menjalani oemeriksaan mamogram adalah lebih rendah daripada risiko menghisap sebatang rokok.

Mamogram boleh menyelamatkan NYAWA ANDA.

Sejauh manakah keberkesanan Mamogram?

Mamogram ialah cara terbaik untuk mengesan Kanser Payudara di kalangan wanita yang lebih berusia. Perlu diingatkan bahawa lebih kurang 10% kanser payudara tidak dapat dikesan melalui Mamogram. Oleh itu, pemeriksaan payudara sendiri adalah disarankan pada semua wanita.

●Bagi umur kurang 40 tahun, anda disarankan menjalani ultrasound, 2 tahun sekali. Tetapi sekiranya anda berisiko tinggi (sejarah keluarga) atau ada sebarang ketulan semasa pemeriksaan, mamogram disarankan

●Bagi umur 40-50 tahun, anda disarankan membuat mamogram, 1 tahun sekali

●Bagi umur 50 tahun ke atas, anda disarankan membuat mamogram, 2 tahun sekali atau seperti yang disarankan oleh doktor anda

Apakah risiko untuk mendapat kanser payudara?

●Wanita 40 tahun ke atas

●Sejarah kanser payudara atau ovari dalam keluarga yang pernah menghidapi kanser

●Awal baligh (sebelum umur 12) atau lewat menopos (umur 55 ke atas)

●Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan

●Wanita yang melahirkan anak pertama pada usia 30 tahun ke atas

●Wanita yang tidak mempunyai anak

Apa yang perlu saya buat?

●Semua kaum wanita yang berusia 20 tahun ke atas perlu membuat Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan. Masa terbaik adalah pada hari ke 7-10 selepas haid

●Dinasihatkan sulaya payudara anda diperiksa oleh doktor anda setahun sekali

●Sekiranya anda mempunyai gejala seoerti perubahan kontur pada payudara, lekukan, ketulan atau lelehan yang bercampur darah daripada puting, sila jumpa doktor anda. Sekiranya beliau menasihatkan anda supaya menjalankan pemeriksaan mamogram, buatlah dengan segera.

INGAT 9 daripada 10 ketumbuhan di payudara adalah BUKAN KANSER.

(Informasi ini sumbangan Pertubuhan Kanser Nasional Malaysia (NCSM))

------------

Diagnosis dan saringan adalah 2 sebab utama untuk melakukan Mamogram.

Ingat!
Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Love,
Mama Qaiser
019 669 8385

Mamogram

0 comment... add one now