Cara Menunaikan Solat Jama' dan Qasar

Solat Qasar

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya' kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan

Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut: 

  1. Al-Quran surah al-Nisa' ayat 101 yang bermaksud;
    "Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir"
  2. Al-Sunnah yang bermaksud;
    'Ya'la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, "Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?" Lalu beliau menjawab, "Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya" (Riwayat al-Nasa'i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudinmempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Qasar

  1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara'.
  2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
  3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
  4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
  5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Niat

أصلي فرض الظهرركعتين قصرالله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

Solat Jama'

Solat Jama' terbahagi kepada: 

  1. Jama' Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya' dalam waktu Maghrib.
  2. Jama' Ta'khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya' dalam waktu Isya'.

Solat Jama' Taqdim

  1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
  2. Hendaklah niat Jama' Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
  3. Berturut-turut di antara solat yang dijama'kan itu.
  4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
  5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya').

Solat Jama' Ta'khir

  1. Hendaklah berniat jama' dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
  2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Niat Jama' Taqdim 4 Rakaat

أصلي فرض الظهراربع ركعات مجموعا إليهالعصر اداءلله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Niat Jama' Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهرركعتين قصرامجموعا إليه العصر اداءلله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Niat Jama' Ta'khir 4 rakaat

أصلي فرض الظهراربع ركعات مجموعا إلى العصر اداءلله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Niat Jama' Ta'khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهرركعتين قصرامجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala


Semoga bermanfaat. Selamat beramal! 

Cara Menunaikan Solat Jama' dan Qasar

0 comment... add one now