Solat Terawih Di Rumah

SOLAT TERAWIH DI RUMAH

Sebahagian daripada kita mungkin ada yang bekerja di waktu malam, atau pulang lewat, atau ada keuzuran hingga tidak dapat ke masjid. Timbul persoalan tentang bagaimana caranya untuk melakukan solat terawih sendirian di rumah.

1- Solat terawih ialah solat sunat waktu malam 2 rakaat. Tatacaranya sama seperti solat-solat sunat yang lain.Tiada beza tatacaranya.

2- Ia tidak mempunyai jumlah maksima rakaatnya. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ditanya:

مَا تَرَى فِي صَلَاةِ اللَّيْلِ ؟
Apa pendapat engkau tentang solat malam?

 قَالَ : ” مَثْنَى مَثْنَى ، فَإِذَا خَشِيَ الصُّبْحَ صَلَّى وَاحِدَةً فَأَوْتَرَتْ لَهُ مَا صَلَّى
Baginda menjawab: : Dua rakaat, dua rakaat. Apabila takut akan masuk waktu Subuh, solatlah satu rakaat untuk mengganjilkan bilangan rakaat solatnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, hadis no: 454]

3- Ia dilakukan selepas solat Isyak. Masanya berakhir apabila masuk waktu Subuh. Hanya sahaja, sewajarnya selepas solat Isyak dilakukan solat sunat rawatib selepas Isyak/ba'diyah Isyak, kemudian baru dilakukan solat terawih.

4- Boleh juga tidur dahulu, dan melakukannya di hujung malam pada waktu sahur.

5- Baca apa-apa sahaja surah yang dihafaz. Tiada surah yang khusus.

6- Tiada apa-apa bacaan khusus antara rakaat-rakaat solat terawih. Bacaan-bacaan yang popular di baca di masjid-masjid adalah rekaan manusia. Ia bukan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Insya-Allah, solat terawih itu mudah :)
Rahmat Allah itu luas, Dia tahu keadaan setiap hambaNya.



Semoga bermanfaat. Selamat beramal!

0 comment... add one now