Appreciation Hi-Tea, Wanita Inspirasiku Anjuran Shaklee Cares

Shaklee Cares: Appreciation Hi-Tea, Wanita Inspirasiku



Pada 12 November yang lepas, mama menghadiri majlis Appreciation Hi-Tea anjuran Shaklee Cares di Marina Putrajaya bagi menghargai jasa para wanita yang telah banyak berbakti.

Pendaftaran bermula pada pukul 2 petang. Mama sampai lambat, pukul 2.15, nasib majlis belum bermula. Phewww! Hihi..

Ketika pendaftaran, setiap yang hadir diberi goody bag yang best gilerr dari pihak Shaklee. 

Mau tak best, goody bag bernilai lebih RM600! 😍


Sustained Release Vita C, GLA Complex, tiket MURFEST.

Lepas pendaftaran, berjalan di red carpet untuk sesi bergambar. Feeling retiss sangat masa tu sebab banyak camera. Hihi..



Di red carpet berselfie dengan adik Shaklee, kak ilah

Lepas tu ada photo booth pulak. Haa, boleh la bergambar kenangan. Gambar siap di-print dan boleh dibawak balik.


Boleh pilih topi, topeng, sunglass untuk digayakan 

Masuk dalam dewan, masha allah rupanya dapat rezeki duduk meja VIP. Betul-betul depan stage. 😊

Majlis bermula dengan tarian anak-anak kemudian ucapan aluan dari Pengurus Pemasaran Shaklee, Miss Lay Har seterusnya ucapan dari duta Shaklee Cares yang baru dilantik, Tan Sri Zaleha Ismail.

Kemudian majlis sampai ke kemuncak apabila hadiah disampaikan kepada para penerima anugerah. Terdapat 11 penerima anugerah yang terdiri dari pelbagai bidang kerjaya. Anugerah penghargaan juga disampaikan kepada Tan Sri Zaleha atas perlantikan baru sebagai duta Shaklee Cares (NGO Shaklee dalam menyampaikan  sumbangan kepada masyarakat kurang bernasib baik).



Tan Sri menerima HAMPER Get Clean Set Shaklee (dishwash, basic H, softener, laundry wash, water pitcher) dan plak penghargaan.

Tan Sri Zaleha merupakan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 1995-1999. Sikapnya yang mudah mesra dan peramah menyebabkan ramai menyenanginya. 


Ini adalah barisan penerima anugerah. Mereka mendapat plak penghargaan dan hamper barangan Shaklee bernilai RM1000. Bestnyaaa, jealous mama. Hihi..

Kemudian, semua hadirin menjamu selera. Sedang leka menikmati juadah, ada suara merdu yang menyanyi tiba-tiba.

Taraaa..! Nurul Wahab Depp


Sama kapal ni, orang Penang uolls! 

Ok, dah dapat peluk dan bergambar. Mama sambung makan. 😉

Sebelum balik, sempat bersembang dan bergambar dengan Tan Sri Zaleha. Masha Allah, dia sangat baik dan merendah diri. Semoga Allah merahmati Tan Sri dunia akhirat kerana sumbangan Tan Sri selama ini.


Dari kiri: mama, kak ilah, Tan Sri, mentor mama master lydzar rusman

Untuk pengetahuan korang, Tan Sri bakal menjangkau 80 tahun dalam masa 6 bulan. Masha Allah, Tan Sri sangat kuat dan steady. Mampu naik turun tangga tanpa perlu dipapah yang sangat  mama kagum apabila mengetahui usia sebenar Tan Sri.

Sentiasa ingat pesan Tan Sri, kita orang perempuan ni, multitasker boleh buat banyak benda dalam satu perkara. Jaga kesihatan dan teruskan berkhidmat dan memberi manfaat. 

Inshaa allah Tan Sri! 

So ladies, jom kita bershaklee dan menjaga kecantikan dan kesihatan! 😘

Love, 
Mama Qaiser

0 comment... add one now