Sabtu lepas, adalah last session playgroup zafri zafrul dengan Alim Kids. Selesai 8 hours of session. Sedih!
Banyak yang zafri zafrul belajar dari playgroup sessions dengan Teacher Effa. Terima kasih, teacher.
Yang best nya, teacher effa ajar cara buat FLUBBER! Mama excited tapi risau jugak kot-kot zafri zafrul tak suka. Hihi..
Ok lah, cut it short. Jon kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat flubber.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A
1.5 cawan AIR SUAM
2 cawan GAM (gam jernih atau berwarna putih)
PEWARNA MAKANAN (ikut warna kegemaran anak)
Glitter
Bahan B
1 cawan AIR SUAM
3 sudu teh BORAX
Cara membuatnya;
1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk.
a) Dimulakan dengan air suam
b) Kemudian masukkan gam dan kacau dengan sudu (guna tangan pun boleh, tapi panas lah) supaya sebati
c) Masukkan pewarna dan glitter dan kacau adunan hingga sebati
(Bahan A dalam mangkuk yang lebih Slimy)
2. Di dalam bekas yang berasingan, masukkan bahan B
a) masukkan air suam
b) kemudian masukkan borax dan kacau hingga sebati. (Borax akan mengeras dan perlu dikacau sebati)
3. Setelah bahan B sebati, masukkan bahan B ke dalam mangkuk sebatian bahan A.
4. Kedua-dua bahan (sebatian) apabila bercampur akan mula mengeras.
5. Uli sebatian hingga tiada air yang tersisa dalam mangkuk.
6. Uli sehingga lebihan yang melekat pada mangkuk tiada lagi dan mampu melekat pada sebatian (tanda flubber korang sudah terbentuk)
Nampak tak, mama yang excited lebih? Hahaha..
Bagi lah anak pegang, tengok reaction diorang. Inshaa Allah bermain flubber sangat baik untuk fine-motor skill anak.
Jom main flubber!
Boleh juga ajar anak untuk MENGGUNTING, MEMOTONG, MENEKAP bentuk dengan flubber ni.
Selamat mencuba dan bermain!
PERHATIAN!
Jangan biarkan anak bermain flubber atas permukaan berkain sebab flubber akan melekat dan meninggalkan kesan warna.
Love,
Mama Qaiser