Tips Memilih Serbuk Protein Terbaik


Selama ni kan, ramai jugak yang tanya kat Mama Sha.. apa beza protein soya Shaklee (ESP) dengan minuman protein lain yang ada di pasaran tu.

Kalau nak compare antara brand, mungkin tak sepatutnya lah kan. 

Tapi Mama Sha boleh bagi tips, cara nak pilih ciri-ciri minuman protein yang baik.

Tips 1: Dapatkan Soya!
Soya, sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif pada laktosa
  • Mengandungi pelbagai faedah seperti mengurangkan kolesterol
  • Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopause menangani sindrom menopause seperti hot flush 
  • 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian
Tips 2: Tiada Gula Pasir Tambahan
Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak pada gula pasir tambahan
  • Pengambilan protein membantu memastikan kita tidak mengambil kalori berlebihan
  •  Membantu mengekalkan pras gula darah yang sihat
Tips 3: Mempunyai Indeks Glisemik Yang Rendah
Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan  terhadap paras gula darah kita. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan menyebabkan kita letih, mudah marah dan lapar. Protein yang rendah GI:
  • Mengekalkan paras gula darah yang sihat
  • Meningkatkan rasa kenyang dan menjadikan kita kenyang lebih lama
  • Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan
Tips 4: Lengkap dengan 9 asid-amino-perlu
Asid amino ialah blok untuk menghasilkan protein.  Pengambilan harian 9 asid-amino-perlu yang tak dapat dihasilkan tubuh dan hanya boleh didapati dari sumber makanan:
  • Fungsi badan yang optimum
  • Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien  serta membentuk organ, kelenjar dan otot
  • Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut
Tips 5: Non-GMO
Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma yang gentiknya diubahsuai menggunakan pengubasuaian genetik atau kejuruteraan.

Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Sumber non-GMO memastikan:
  • Nutrien kekal dalam sumber makanan
  • Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat
Tips 6: Rendah Lemak
Akhirnya kita mahu mendapat faedah protein dari serbuk yang kita pilih dan bukannya lemak
  • Membantu mengekalkan jisim otot
  • Membantu mengekalkan tahap kolesterol
  • Pilih kurang dari 3g lemak untuk 100g serbuk protein

Pilihan Mama, semestinya lah ESP, minuman protein soya Shaklee. Semua ciri-ciri protein yang terbaik, ada pada ESP tau! 😍

Jom kita berkenalan dengan ESP ni. Sebab orang kata tak kenal maka tak cinta kan?





  • Menggunakan soya yang tidak diubah suai secara genetik (non-GMO)
  • Setiap hidangan mengandungi 14g protein berkualiti tinggi yang rendah lemak serta tanpa laktosa dan tanpa kolesterol
  • Keperluan biologi lengkap dengan 9 asid-amino-perlu
  • Mempunyai PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score),iaitu skor penghadaman protein kepada asid amino; skor 1.0- kedudukan tertinggi dan sama dengan protein haiwan
  • Mengandungi 5 jenis vitamin B dan separuh daripada keperluan kalsium harian
  • Mengandungi isoflavons semulajadi daripada soya
Best kan ESP! Inshaa allah berbaloi untuk wang yang dibelanjakan untuk kualiti nya.

Jom, dapatkan ESP sekarang dan rasai keberkesanan nya terhadap kesihatan kita. Boleh contact Mama Sha untuk dapatkan ESP ok? 😉

💗 
Mama Sha


0 comment... add one now