Kenangan dan Pengalaman FNAC Procedure

Entry kali ni, Mama Sha nak share pasal pengalaman Mama Sha sendiri buat FNAC secara DETAIL. So panjang. Inshaa allah promise it’ll be something yang worth to read.

Isnin lepas, Mama Sha perasan ada darah (fresh blood) kat dalam tekak. 

Memang Mama Sha tengah sakit tekak. 

Dan Mama Sha memang ada multinodular goiter. Maksudnya multi-banyak, nodular-ketumbuhan dalam goiter-tiroid.

Sebelum berdarah tu memang kerap sakit kat dalam tekak, rasa berdenyut-denyut pada nodules tu.

Fast forward, pergi jumpa doktor pakar Mama Sha di SJMC, Dr Mazidah Md Zin dan dia suggest untuk buat FNAC procedure untuk pastikan samada nodules Mama Sha tu kanser atau tak. (Sebelum tu buat juga blood test untuk check hormon tiroid (T3, T4, TSH) dan inflammation (ESR, CRP); semua normal dan ultrasound).

FNAC ni, fine-needle aspiratory cytology. Kiranya dibuat untuk ambek sampel ketumbuhan untuk tengok kanser atau tak. 


(Ni gambaran proses FNAC procedure)

Oh ya Mama Sha nak share pasal prosedur insurans sket untuk FNAC ni.

Mama Sha guna insurans company. Walaupun hari yang sama jumpa pakar endokrin, untuk buat FNAC ni kena buat GL lain. Sebab FNAC, GL under doktor pathologi yang buat FNAC tu. Dan kalau jumpa pakar endokrin, akan guna GL untuk OUTPATIENT tapi untuk FNAC perlu guna GL untuk IN-PATIENT (daycare). FNAC prosedur Mama Sha dalam RM2000. Tapi Mama Sha guna outpatient GL sebab limit still cukup dan nak jimat in-patient punya limit. So korang call tanya pihak insurans masing-masing tanya limit macam mana dan yang mana advisable untuk korang.

Ok sambung pasal prosedur. 

Mula-mula, kita perlu salin baju. Baju je. Alhamdulillah Mama pakai blouse & seluar. Sebab uniform kimono tu sekerat lutut aje. 😆 Tudung buka dalam bilik sebelum prosedur dibuat. So selamat la aurat kita. Stongan, stoking semua boleh pakai. Bila dah buka tudung, nurse bagi pakai topi macam masuk operation  theater (OT)  tu. Prosedur ni buat di bilik ultrasound je. Bukan OT pun sebab simple prosedur aje. So jangan risau ok?


(Tengah tunggu nama dipanggil. Cuak la, siapa suruh confident pergi sorang 🤭)


Kita baring dan nurse akan longgarkan uniform di bahagian dada. Dan doc akan tanya pasal diri kita. Lepas tu minta sign consent (kebenaran) untuk prosedur. 

Doc jugak bagitau, kalau ada bleeding yang banyak, perlu warded lepas tu. Adoii, Mama Sha dah la pergi sorang diri time ni. 😅 Oh takpe positif, inshaa allah everything will be ok!

Mula-mula doc akan buat ultrasound dulu untuk tengok nodules tu. 

Lepas tu, doc akan tanda dengan marker bahagian yang akan dicucuk. Lepas tu doc cuci leher kita.

Plastik yang dilubangkan diletakkan atas leher. Masa ni kalau rasa plastik tu ganggu kita susah nak nafas, bagitau doc. Jangan buat dengan tangan sendiri. Haha Mama Sha lettew! Lepas tu kena marah dengan doc. 😂 Bukan apa tangan kita kan ada germs, nanti plastik tu kotor la. Suruh je doc tu adjust kan. “Kepala” ultrasound pun dibalut.

(Prosedur makan masa 30 minit gitu la, dan sepanjang prosedur, memang dengan bantuan ultrasound. Jadi tahan la kepala ultrasound menekan leher selama 30 minit 😅)

Ok lepas tu, doc akan bagi bius. Cucuk tu rasa la sket. So kalau taknak sakit, tarikkkk nafas dalam, hembusssss. Inshaa allah it helps. Selawat banyak-banyak ya. Doc akan bagitau bila dia nak bagi bius so masa ni kita buat pernafasan tu.

Sebelum doc cucuk masuk untuk ambek sampel, doc tanya sakit tak. Kalau sakit, bagitau, doc akan tambah dos bius. Mama Sha doc kena tambah 3 kali. 3 kali jugak doc cucuk untuk ambek sampel.

Lepas dah settled, doc akan prescribe ubat tapi sebab Mama Sha breastfeeding doc kata makan panadol aje la. So byebye doc, nurse tolong cuci leher dan tengkok kita. Oh wow, banyak jugak darah rupanya. 😬


(Ni gambar blood stains yang kena pada collar neck uniform kimono Mama Sha tu)

Nurse akan tutup leher dengan plaster dan balut. Nurse pesan elakk dan kena air. Kalau nak mandi, tutup sket bahagian ni. Ok nurse! Hehe..

Salin baju dan tunggu report procedure dari doc lepas tu boleh balik sebab GL semua dah settled. Ya ampun nak cakap suara jadi slow. Telan air liur pun sakit. Ayayaiii manja kot Mama Sha ni. Telan Vivix aje la. Nak telan pil macam aduyai. Makan pun bubur nasi je lepas tu.

Results dapat dalam 3 hari. Tunggu la nanti, appointment dengan Dr Mazidah.

Ituuu lah saja cerita nya. Mama Sha ni takut jugak nak buat FNAC tapi lagi takut kalau memang kanser, biar tak dirawat.

Dan.. nak bagitau.. SAKIT itu lebih MAHAL dari sebotol VIVIX. Huahua.. haritu dah elok makan, semua mengecut, lepas tu dah tak makan. Dahla makan minum pun tak pantang. So rasakan nodules membesar lah! 😔


(Results ultrasound Mama Sha lepas sebotol Vivix yang diminum dalam masa lebih kurang 2 minggu)


Alhamdulillah, one for the memory and to be shared for others’ benefit too inshaa allah. Take care!

💗 
Mama Sha

2 comments.. read them below or add one

Su Hamid Su Hamid 4 October 2018 at 08:59
Semoga resultnya yang baik2 aje InshaaAllah. Speedy recovery mamaSha.
Amelza Kamel Amelza Kamel 4 October 2018 at 20:54
You are so strong sha!! Semoga resultnya baik2 je ye 😘